Wednesday, 12 May 2010

Dari stadium kejohanan Piala Thomas

Aku baru balik dari stadium selepas menyaksikan negara mencipta sejarah dalam Piala Thomas. Kalau tak silap, Malaysia tak pernah kalah kepada Jepun dalam Piala Thomas. Akan tetapi, itu sudah berubah…

Malaysia mencipta sejarah setelah tumbang 2-3 kepada Jepun sebentar tadi.

Aku memang tak faham. Kenapa Zakry-Fairuzizuan dipilih dalam skuad Piala Thomas dan bukannya bergu Tan Fook-Wan Wah yang mempunyai taraf dunia yang lebih tinggi. Bukan aku seorang yang cakap begitu sahaja. Bekas pemain negara, Razif Sidek pun berpendapat bahawa
Zakry-Fairuz tak sepatutnya dipilih.

Dalam pandangan penonton di stadium, dah sampai kena belasah dari bergu kedua Jepun. Smash pemain Jepun macam lepas tembakan pistol… bunyi “bang bang bang”… smash pemain kita, macam pukul lalat. Kadang-kadang lah ada bunyi juga… “piak”.

Member aku kata, dalam temuduga selepas kekalahan, alasan yang diberi… kononnya “… belum menyesuaikan diri dalam gelanggang..”

Oi! Apa belum menyesuaikan diri. Pemain Malaysia main di Malaysia belum menyesuaikan diri… budak Jepun macam mana? Apa alasan ni?

Oh… lepas temuduga, ada kecoh sikit. Seluruh stadium “boo” mereka dan tiba-tiba aku nampak Fairuz macam nak lawan dengan seorang penonton. Kecoh seluruh stadium. Nasib baik Chong Wei keluar menghalang dia. Itulah, kau orang kat rumah boleh tengok ulang-tayang, tapi aksi sebegini kau orang tak nampak lah.

Lepas tu, pemain perseorangan ketiga, Hafiz. Bagi mereka yang mengenali Manchester United, Hafiz adalah seperti Berbatov. Main macam tak peduli saja. Dan aku tengok banyak ulasan2 di facebook, kenapa dia tak smash.

Kau orang tengok di TV sudah frust. Bayangkan lah, aku yang bayar duit tengok di stadium. Oh, yang lebih marah ialah pak-cik yang duduk sebelah saya dengan 2 orang anaknya. Dia orang datang dari Seremban untuk memberi sokongan. Pak-cik tu marah, katanya “bazir petrol datang tengok orang yang tak tahu smash”.

Sungguhpun begitu, aku rasa Hafiz ada juga main bersungguh-sungguh. Sekurang-kurangnya, sampai 3 game. Tapi, Hafiz akhirnya juga habis.

Mungkin ada orang yang kata… Choong Han pun kalah. Tapi, sekurang-kurangnya, smash dia ada standard sikit, bunyi macam pistol. Ada juga dia mengejar bulu tangkis seluruh gelanggang. Lebih-lebih lagi, bagi face sikit… Choong Han dah tua.

Aku tak tahu lah… suku akhir kena lawan Denmark. Aku malas nak ambil cuti pergi tengok dah. Baik aku tengok kat rumah.



3 years ago…
Lessons from death

29 comments:

day-dreamer said...

Itulah pasal saya suruh kawan-kawan saya jangan bazir duit pergi sana tengok. Tengok kat mamak stall dah lah tu. Haha. Tapi, miss sikit live drama lah.

Thomas Cup tahun ini... "tarak mata tengok".

Zamz said...

hopefully diorang belajar la dari kekalahan tadi

fufu said...

Tan Fook-Wan Wah pun sudah tua lah! tapi piala thomas ni penting sekali... bukan masa bagi peluang Zakry-Fairuzizuan menambah pengalaman ><

fufu said...

aku kat germany pun talak mata tengok ><

Tsu Lin + + said...

Wah... kalah kat Jepun. Berita gempar ni.

Badminton pun boleh kalah kat stage ni. Well, at least berbaloi jugak tgk aksi "live" behind the camera...

Hilman Nordin said...

Pertama kali membaca Zewt dalam BM.
Tak hilang bisa dia juga walaupun lain bahasa~!

missironic said...

Adui.. kesian! Ingatkan boleh dpt lebih aksi, tapi nampaknyer aksi dtg dari penonton, bukan dari pemain pemain pulak... Sungguh menghampakan bila mendengar, walaupun saya tak tgk.... Baik pigi mamak tgk ngan kawan kawan.. minum teh baru berapa shj. Boleh jimat duit sikit! Dan, org msia mmg suka cari alasan punya... belum menyesuai diri dgn gelanggang? Lawak betul! Hahaha..

Pinknpurplelizard said...

Msia will be without the cup for another time. I don't think they can make it and they can just prove me wrong. Sorry if I'm realistic.

Our players are spoilt and lack discipline. One of them clearly skipped his anger management class.

Y said...

ooo, patriotik sungguh pergi sampai ke stadium tengok. aku pulak langsung tak tau skarang ada cawan thomas.

ronaldo said...

fuyoh, kau boleh cakap melayu. terrer mcm melayu. xpe xpe kitorang ada can lagi main dgn denmark. kalu kalah lagi, nasib lah..

main bola lagi best. arrhh oopppssss salah cakap kitorang ranking dah jatuh lama dah. tengok vietnam skrang. kalah habis terok terok.

Ir. Hanafi Ali said...

Saya hari ini pakai bag kertas grocery ke pejabat, tebuk lubang dua untuk laluan mata. Malu takut-takut ada orang Jepun di pejabat.
Setelah memastikan dengan HR bahawa setakat ini syarikat kami belum lagi meng-employ orang Jepun, barulah saya buka bag kertas grocery itu perlahan-lahan...

jacss said...

wuah...aku baca pun rasa 'çhikik'
habis lah, itu dua orang kena korek lubang tanam kepala, hahaha

Anonymous said...

haih... dalam setiap permainan, ada yang menang, ada yang kalah. biasalah, lumrah hidup. alasan yang diberi memang pelik. tapi, itukan identiti Malaysia. sanggup mati tapi enggan terima kenyataan, enggan mangaku kesalahan sendiri. macam manalah nak maju ke depan jika pantang ditegur. kena tegur sikit, sudah lah...teriak ketuanan Melayu sini sana. jika boleh belah dari Msia, sila belah... :D

penderhaka a.k.a lita

Anonymous said...

En.Zewt.

Saya bukan peminat setia badminton tetapi kadang kala saya juga menonton tv jika squad negara kita bertanding. Selepas membaca ringkasan 'live' dari blog, saya rasa pemain badminta negara kita sudah jauh ketinggalan daripada pemain luar negara.

Kerajaan and penonton yang menaruh harapan yang tinggi. Zewt, awak simpanlah cuti tengok world cup saje lah... :)

the jururawat

Terra Shield said...

Rakan-rakan sekerja saya tengah berharap untuk negara kita menang. Sekurang-kurangnya, mungkin akan diumumkan cuti umum.

Sigh.

SK said...

Fairuz telah digugurkan. Thien How akan bergabung dengan Zakry. Sekiranya Thien How - Zakry menang malam ini, itulah penamat untuk Fairuz. Untuk sekarang dan harap-harap, selama-lamanya.

InjusticeSistem said...

bising2 wat ape? ini kan badminton taraf antarabangsa yg tidak disokong oleh NEP,xpe,biar Perkasa organise Tomas Cawan yg mengikut taraf NEP,mesti kita menang.
Sebenarnya ini pun salah semua msian, kan dulu menteri sukan kita Azalina nak bikin komplek sukan kat brickendory,ingat lagi tak? klu ada komplek sukan brickendory kat UK,pasti ahli badminton kita dapat menyesuaikan diri dlm gelanggang...ini mmg salah semua org msia

InjusticeSistem
Ketua-Bhg Informasi Awam
Pemuda Amno

mizzura said...

tiket berapa ek..bajet nak tengok kat stadium..

gina said...

LOL!! Is it that bad? Nasib I TV pun tak tengok! Tak ambik pot langsung!!

Alasan yang diberi pun memang hampeh!!! Belum sesuai?? Inikan negara dia... budak jepun - datang musim khatulistiwa tak complain pun!!! Memang .. Malaysians memang suka bagi alasan!!

zewt said...

day-dreamer - tapi lepas perlawanan tadi... boleh lah.

Zamz - nasib baik dah belajar... tumbang denmark.

fufu - after today, got mata or not ah? hehe.

Tsu Lin - sekarang, aku nak beli tiket untuk jumaat ini hehe.

Hilman Nordin - aku dan blog beberapa kali dalam BM dah :)

missironic - nasib baik itu round robin saja.

zewt said...

pinknpurplelizard - yeah, and he is out already i think after thien how's display today.

Y - hahaha... teruknya!

ronaldo - nak lawan vietnam? lawan cambodia pun macam nak mati dah.

Hansac - hahaha... takpe... dan redeem ourselves just now.

jacss - satu saja... yang hilang sabar tu.

anon @ lita - itu pun... kalah dah kalah, terima sajalah... jangan salahkan gelanggang pulak.

zewt said...

the jururawat - pemain perseorangan, memang takde bakat dah lepas chong wei bersara. harap harap yang baru dapat improve sikit.

Terra Shield - itu, jauh lagi...

SK - tak payah menang, semangat perjuangan yang dipamerkan cukup untuk habiskan fairuz.

InjusticeSistem - wooaah... dah masuk amno nampaknya hahahaha...

mizzura - hello... kalau nak tengok jumaat ini, rasa tiket dah habis... kalau beli yang top tier... 50 ringgit kot.

gina - hari ini pun kalah... tak tahu apa alasan.

deus X machina said...

hafiz hashim menang...yeay

Hilman Nordin said...

Zewt, pergi salah hari kot.

eiling lim said...

I tak tengok Piala Thomas langsung, takde masa. Harap harap kita lah yang menang ya? Sudah 15 tahun kot sejak Piala Thomas yang kita menang tu.

zewt said...

deus x machina - too bad didnt get to play against china and gets his chance to be hero...

hilman nordin - haha... mungkin kot.

eiling lim - nampaknya, harapan cik hancur dah.

sexshop said...

This won't truly have success, I think this way.

transex roma said...

I saw a lot of useful material in this post!

discreto sex shop said...

Goodness, there's so much useful data here!