Masa aku tulis ni, bergu pertama negara baru tumbang. Kononnya, bergu nombor 1 dunia. Chong Wei pun pemain nombor 1 dunia. Pemain China tak bakyak masuk tournament saja. Kalau tidak, kau ingat pemain kita boleh jadi pemain nombor 1?
Kau orang tahu tak, kenapa ramai orang sokong pasukan Piala Thomas? Betul ke semangat 1Badminton? Aku bagi tahu kau orang… semua orang yang sokong ni, pasal nak dapat cuti saja. Bagaimana aku tahu… facebook lah, mana lagi.
Tadi bila bergu pertama hampir kalah, semua update kat facebook sama je… “aiyo, can forget about holiday on Monday already”… “Holiday on Monday is officially O.V.E.R.”… “Die lah, no more holiday on Monday lah”… Bukan itu sahaja, ada lagi yang marah… “why our players so stupid wan, now I can't get my holiday on Monday”.
Baru sekarang aku tahu, kenapa semua orang tiba tiba begitu gung-ho pasal Piala Thomas. Rupa-rupanya, pasal nak cuti…
Sekarang, nampaknya Wong Choong Han dah ikut skrip. Tapi, kalah menang, aku tetap respect dia. Dah tua pun kena main. Xia Xuan Xe, lawan dia dari China sudah jadi coach. Kenneth Jonassen, lawan dia dari Denmark pun sudah jadi coach. Hendrawan, lawan dia dari Indonesia… sekarang coach dia! Itulah, negara takde lagi bakat,.
Sekian sahaja lah aksi2 skuad Piala Thomas negara kita… dan memang pun, selamat tinggal cuti hari Isnin.
Kalau orang kata lelaki tak erti multi-task, memang tak merangkumi lelaki Malaysia. Lelaki2 Malaysia, bukan main terrer… masa tengok badminton, boleh juga kecoh kat facebook, sms tak berhenti-henti. Kat facebook, bukan update status saja, komen pun tak berhenti. Itulah dia, lelaki2 Malaysia handal multi-task.
Woaaah… Hafiz yang main lembab semalam kembali jadi penyelamat. Aku rasa, isteri semalam tak beri seks kot, jadi hari ini tenaga sudah kembali. Harap-harap, jangan bagi sampai hari Jumaat. Tunggu ya, Puan Hashim.
Baik aku jangan cakap banyak, kawan aku dah marah sebab aku caci Hafiz. Itu pun, kawan aku marah kat facebook… Hafiz, aku cakap untuk ketawa je… bila main Bao Chun Lai nanti, tolang pastikan dia “bao chun doi” ok?
Mungkin ianya takdir… esok 13 Mei, tarikh hitam dalam sejarah negara. Tapi, malam ini, aku sungguh bangga seluruh rakyat Malaysia yang tak kira kaum, tak kira bangsa, tak kira agama, sama2 menyokong pemain negara yang berbilang kaum. Kalau yang caci pun, main2 saja…
Aku dengar, orang yang tengok kat shopping complex pun jerit gila. Macam mana aku tahu? Dari facebook, mana lagi…
Kononnya, ada NGO yang menganjurkan perjumpaan esok yang bertema Mei 13 “Melayu Bangkit” sempena menyambut ulang-tahun 13 Mei. Kononnya, dah dibatalkan. Semangat perpaduan dari badminton terlalu kuat kot.
Cakap pasal perpaduan, aku rasa slogan 1Malaysia tak terrer lah. Aku ada satu cadangan… tukar 1Malaysia ke 1Badminton… lagi hangat. Pasti semua rakyat suka.
Tumbangkan kubu China Jumaat ini… semangat 1Badminton!
1 year ago… The Jacke story
3 years ago… A tribute and a game for few
Aku baru balik dari stadium selepas menyaksikan negara mencipta sejarah dalam Piala Thomas. Kalau tak silap, Malaysia tak pernah kalah kepada Jepun dalam Piala Thomas. Akan tetapi, itu sudah berubah…
Malaysia mencipta sejarah setelah tumbang 2-3 kepada Jepun sebentar tadi.
Aku memang tak faham. Kenapa Zakry-Fairuzizuan dipilih dalam skuad Piala Thomas dan bukannya bergu Tan Fook-Wan Wah yang mempunyai taraf dunia yang lebih tinggi. Bukan aku seorang yang cakap begitu sahaja. Bekas pemain negara, Razif Sidek pun berpendapat bahawa Zakry-Fairuz tak sepatutnya dipilih.
Dalam pandangan penonton di stadium, dah sampai kena belasah dari bergu kedua Jepun. Smash pemain Jepun macam lepas tembakan pistol… bunyi “bang bang bang”… smash pemain kita, macam pukul lalat. Kadang-kadang lah ada bunyi juga… “piak”.
Member aku kata, dalam temuduga selepas kekalahan, alasan yang diberi… kononnya “… belum menyesuaikan diri dalam gelanggang..”
Oi! Apa belum menyesuaikan diri. Pemain Malaysia main di Malaysia belum menyesuaikan diri… budak Jepun macam mana? Apa alasan ni?
Oh… lepas temuduga, ada kecoh sikit. Seluruh stadium “boo” mereka dan tiba-tiba aku nampak Fairuz macam nak lawan dengan seorang penonton. Kecoh seluruh stadium. Nasib baik Chong Wei keluar menghalang dia. Itulah, kau orang kat rumah boleh tengok ulang-tayang, tapi aksi sebegini kau orang tak nampak lah.
Lepas tu, pemain perseorangan ketiga, Hafiz. Bagi mereka yang mengenali Manchester United, Hafiz adalah seperti Berbatov. Main macam tak peduli saja. Dan aku tengok banyak ulasan2 di facebook, kenapa dia tak smash.
Kau orang tengok di TV sudah frust. Bayangkan lah, aku yang bayar duit tengok di stadium. Oh, yang lebih marah ialah pak-cik yang duduk sebelah saya dengan 2 orang anaknya. Dia orang datang dari Seremban untuk memberi sokongan. Pak-cik tu marah, katanya “bazir petrol datang tengok orang yang tak tahu smash”.
Sungguhpun begitu, aku rasa Hafiz ada juga main bersungguh-sungguh. Sekurang-kurangnya, sampai 3 game. Tapi, Hafiz akhirnya juga habis.
Mungkin ada orang yang kata… Choong Han pun kalah. Tapi, sekurang-kurangnya, smash dia ada standard sikit, bunyi macam pistol. Ada juga dia mengejar bulu tangkis seluruh gelanggang. Lebih-lebih lagi, bagi face sikit… Choong Han dah tua.
Aku tak tahu lah… suku akhir kena lawan Denmark. Aku malas nak ambil cuti pergi tengok dah. Baik aku tengok kat rumah.
3 years ago… Lessons from death
Masa berlalu dengan begitu pantas. Tanpa disedari, sudahpun tiba masa untuk makan tengah-hari.
“Let’s go for lunch”, saya mengajak rakan sekerja.
(Jom pergi makan tengah-hari)
“Ok. Where to today?”
(Baik. Pergi mana hari ini?)
Tidak sempat saya menjawab, sebab telefon bimbit berbunyi. Saya memberi isyarat kepada rakan saya bahawa saya kena jawab telefon dahulu.
“Hello! Abang Fais!” saya bersalam seteleh melihat identiti pemanggil.
“Eh Zewt! Apasal Man U kalah?” ejek abang Fais. Ahad lalu, Man Utd kalah Piala FA.
“Eleh… piala remeh-temeh kita tak minat langsung lah”
“Wah… sombong kau Zewt…”
Perbualan dengan abang Fais berlanjutan lebih-kurang 5 minit di mana kita berbincang tentang beberapa hal-hal peribadi.
“Ok ya Zewt. Kalau ada hal, call je abang”
“Ok” jawab saya.
Berakhirnya perbualan dengan abang Fais, seorang rakan sekerja yang bernama Depp berkata…
“Zewt… why did you speak like that?” (Zewt… kenapa bercakap macam tu?)
“Like what?” (Macam apa?)
“Eiyerr… you speak Malay like a Malay”
(Kamu berbahasa Melayu macam orang Melayu)
Saya hairan. Apabila kita dengar orang lain berbahasa Inggeris macam orang putih, ramai yang kagum. Lebih-lebih lagi, ada di antara kita yang sengaja berbahasa Inggeris macam orang putih walaupun tak pernah menetap di luar negara. Satu kebanggaan kononya.
Tetapi, apabila mengetahui ada orang yang mempunyai kebolehan untuk berbahasa Malaysia macam orang Melayu, diberi pula ulasan berbunyi… “eiyerr”.
Saya berharap anda tidak mempunyai pemikiran seperi Depp.
Peristiwa pertama berkenaan bahasa
Lebih-kurang dua tahun lalu, saya menerima sekeping memo dari sebuah syarikat kourier. Ianya menyatakan bahawa penghantaran tidak sampai kepada saya kerana tiada orang berada di rumah semasa penghantran dibuat.
Setelah meneliti memo tersebut, saya rasa saya tidak beberapa kenal syarikat kourier tersebut. Bukan syarikat kourier yang biasa seperti UBS atau Fedex. Namanya agak pelik. Maka, saya pun membuat panggilan telefon ke pejabat syarikat tersebut…
“Selamat pagi, syarikat xxxxxxx. Boleh saya membantu?” Seorang gadis menjawab panggilan telefon saya.
Apabila orang lain memulakan perbualan, adalah amalan saya untuk meneruskan perbualan dalam bahasa yang sama. Oleh itu…
“Selamat pagi. Saya terima nota memberitahu saya bahawa bungkusan yang dihantar tak sampai sebab tiada orang kat rumah”
“Boleh bagi nombor rujukan?”
“Boleh. 1234567”
“Sila tunggu sebentar…”
…
…
…
“Encik, bungkusan boleh dihantar sekali lagi. Encik nak kami hantar kat alamat yang sama?”
“Tak, tolong hantar ke pejabat saya”
“???… errr… pejabat encik? Encik Zewt ni siapa?”
“Saya”
“Apa? Encik Zewt ni kamu? Kamu bukan orang Melayu?”
“Bukan, saya Encik Zewt, orang Cina. Kenapa?”
“Takde lah. Encik cakap macam orang Melayu je…”
Pernahkan anda menemui peristiwa sebegini? Apakah penguasaan bahasa kebangsaan oleh golongan bukan Melayu merupaka satu perkara yang mengejutkan?
Terdapat lagi satu peristiwa yang agak sama, juga berkenaan dengan penguasaan bahasa kebangsaan. Mungkin cerita untuk esok…
1 year ago… No apology, no worry… A glimpse at the budget
2 years ago… Of budget and 2 awards
Bila tiba hari Rabu
Sampainya tiga-puluh campur satu
Adalah harapan harijadi aku
Bahawa semua sihat selalu
Tahun dulu… A page before 30
Saya percaya bahawa ramai di antara kita yang suka bergurau-senda sesama kawan-kawan kita. Misalnya, kita panggil kawan kita botak, pendek, kurus atau nama kelakar yang lain. Jika kita adalah kawan yang rapat, pasti tidak rasa tersinggung.
Sungguhpun begitu, kita boleh bergurau tentang apa jua tetapi kita tidak menyentuh hal-hal kaum. Isu perkauman merupakan satu isu yang amat sensitf di negara kita. Oleh itu, kita jarang bergurau-senda dengan memperolahkan kaum yang lain. Ini akan menyinggung perasaan kaum yang lain.
Sungguhpun begitu, kita sebagai generasi rakyat Malaysia yang baru ingin mecapai satu tahap di mana kita tidak lagi dipecah-belahkan kerana berlainan kaum. Kita berharap agar rakyat dari kaum-kaum yang berlainan dapat bersama-sama berganding bahu untuk membangunkan tanahair.
Dengan ini, saya tertanya-tanya… apakah tahap yang kita ingin capai di mana kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dapat hidup bersama-sama dan kita tidak lagi rasa tersinggung apabila terdengar lawak jenaka mengenai kaum kita.
Apakah tahap yang kita ingini adalah…
Kita hormat kaum yang lain dan kita langsung tidak bergurau tentang kaum orang lain. Kita tidak memperolahkan kaum orang lain kerana kita hendak menyinggung perasaan kaum yang lain.
Ataupun…
Kita boleh sampai ke satu tahap dimana kita tidak lagi rasa tersinggung apabila terdengar kaum yang lain bergurau tentang kaum kita. Kita boleh duduk bersama dengan semua kaum yang lain dan kita boleh bergurau and ketawa sesama kaum kita tanpa rasa tersinggung.
Apakah yang dikatakan kita sudah matang? Kita hormat dan tidak bergurau, ataupun kita langsung tidak rasa tersinggung apabila orang lain bergurau tentang kaum kita?
3 hari telah berlalu semenjak bermulanya tarikh untuk menuntut rebat petrol. Dengan harapan agar kebanyakan rakyat telahpun menuntut rebat mereka, saya melawat Pejabat Pos yang berhampiran untuk menuntut rebat petrol saya.
Dari jauh, nampaknya Pejabat Pos tersebut bukannya terlalu sesak. Syukurlah, tiada orang beratur sampai ke tempat letak mereka seperti yang dipaparkan dalam surat khabar. Setelah mengisi borang yang disediakan, saya terus mengambil nombor giliran…
57 pelanggan sebelum saya akan dilayani, terpaksa-lah saya duduk bersendirian menunggu giliran. Oh, untuk mereka yang layak dan masih lagi belum menuntut rebat, borang yang perlu diisi bukannya borang khas untuk rebat tetapi borang kiriman wang. Kononnya, tiada borang yang sesuai lagi maka, gunalah borang kiriman wang. Itupun, salinan fotostat sahaja.
Semasa menunggu giliran, saya dapat perhati macam-macam ragam orang yang datang menuntut rebat mereka…
Ada yang telah sabar tunggu begitu lama… apabila sampai dekat kaunter, hanya nak beli 1 keping setem 30 sen. Tunggu begitu lama hanya nak beli 1 setem! Pengsan saya…
Ada yang sampai dekat kaunter, serahkan borang and kad pengenalan… pegawai tanya…
“Encik bila renew road tax?”
“Bolan enlam”
“Bulan enam tak boleh lah encik. Hanya untuk road tax bulan April dan Mei saja”
“Hah! Bolan enlam tak boleh kah?”
“Tak boleh…”
Dengan muka yang kecewa, encik itu meninggalkan kaunter sambil berkata… “yau mo kau cho ah”.
Kawan-kawan, hanya mereka yang telah membaharui lessen jalan dalam bulan April dan Mei sahaja yang layak menuntut rebat. Bolan enlam, lujuh, lapan, similan, sipuloh somma belum lagi.
Ada yang datang dan terus pergi ke kaunter untuk mengambil borang. Aiyoh… bukalah mata besar sikit, banyak borang kat pintu dan banyak orang masih mengisi borang dekat sana. Tak boleh ambil borang dari sana ke? Biasanya, orang yang macam ni akan pergi ke kaunter dan tanya…
“May I have some forms please… I want to make my petrol claim”
Orang macam tu lah…faham?
Antara lawak-lawak yang di atas, terdapat satu yang memang tidak dapat ditandingi. Mereka ialah golongan yang nampak resah… macam sudah hilang kesabaran… muka sudah nampak marah… mata menolek ke jam tangan beberapa kali… geling kepala tak berhenti-henti setiap kali nombor dipanggil… tapi, apabila sampai ke giliran mereka… bontot macam berat sangat. Lepas tu, jalan dari kerusi ke kaunter macam model antarabangsa. Aiyoohhh… kalau tahu sudah tunggu lama, jalanlah cepat sikit, janganlah jalan macam ‘catwalk’ ke kaunter!
Setelah menunggu lebih-kurang 40 minit, sampailah giliran saya. Walaupun sudah tunggu 40 minit lebih, saya ingin kata, proses menuntut rebat cukup pantas. Masa dari nombor giliran saya dipanggil sampai dapat duit, 48 saat. Tetapi, saya taklah jalan macam model. 48 saat, sungguh mengkagumkan.
Ingat ya… bolan enlam, lapan, similan dan sipuloh masih belum layak tuntut rebat lagi ya…
Sudah lama telah saya nanti satu tajuk perbincangan yang sesuai agar saya dapat paparkan satu petikan blog dalam Bahasa Kebangsaan. Kesabaran akhirnya dijawab dengan peluang ini di mana hari ini saya melawat sekolah saya untuk jumpa pengetua dan Putrajaya untuk mendapatkan perkhidmatan dari Konsular kerajaan.
Dua hari yang lalu, saya berkata bahawa permohonan Sijil Kelakuan Baik mesti dibuat melalui satu boring yang perlu disokong dengan ulasan oleh beberapa kategori pegawai yang tertentu. Salah satu kategori tersebut ialah pengetua sekolah menengah. Maka hari ini, saya mengunjung sekolah menengah untuk tujuan tersebut. Malangnya, pengetua tidak hadir di sekolah hari ini. Kononnya, pergi taklimat.
Sungguhpun begitu, Penolong Kanan, En. Chin yang masih ingat muka saya sudi membuat ulasan dalam boring permohonan yang berkenaan. Rupa-rupanya, ‘guru berada dalam Kumpulan A, iaitu pegawai kerajaan dalam kumpulan perkhidmatan pengurusan dan professional. Oleh itu, ulasan dan tandatangan En. Chin sudah memadai.
Seterusnya, saya turn ke kantin dengan harapan dapat menemui cikgu-cikgu yang pernah ajar saya dahulu. Nasib menyebelahi saya apabila saya nampak guru tingkatan saya, Pn. Lim dan seorang guru yang lain, Cik Yap. Bukan main, Pn. Lim masih ingat nama saya. Jules kata saya pasti seorang yang nakal. Sama ada saya nakal atau seorang pelajar yang bijak, buatlah kesimpulan anda sendiri…
Selepas menyampaikan salam dan memberitahu mereka tujuaan saya berada di sekolah, saya dengan Jules pun memulakan perjalanan ke Putrajaya.
Kementerian Luar Negeri ditempatkan di Wisma Putra, sebuah bangunan yang tidak mudah untuk dicari. Setelah membuat beberapa pusingan, akhirnya dijumpai Wisma Putra yang berada di Precint 2.
Setelah mendapatkan pas pelawat, saya dan Jules masuk ke bangunan dan ditemui oleh seorang pegawai wanita di kaunter yang menyemak dokumen-dokumen yang saya ingin kemukakan. Semua dokumen tersebut nampaknya teratur dan seterusnya, beliau mengeluarkan nombor giliran untuk saya… 2019, nombor yang sedang menerima perkhidmatan pada masa itu ialah 2017.
Orang agak ramai yang satu perkara positif yang saya perhatikan ialah… 4 kaunter kesemuanya, 4 kaunter yang beroperasi. Ini memang satu peningkatan tahap perkhidmatan berbanding masa dahulu di mana kerap kita lihat banyak kaunter yang tidak berfungsi, macam untuk hiasan saja.
Nombor giliran saya dipanggil dan saya terkejut apabila suara yang keluar dari pembesar suara berbunyi…
“two zero one nine, counter three”. Bukan main, memang ini Kementerian Luar Negeri, perkhidmatan Konsular.
Setelah menyampaikan dokumen-dokumen yang berkenaan dan membuat bayaran sebanyak RM20, saya sengaja mula mengira masa yang diperlukan untuk mengeluarkan Sijil yang dipohon. Tahu berapa lama yang perlu saya tunggu? Hanya 20 minit.
Saya amat puas hati dengan tahap perkhidmatan yang diberi. Sungguhpun ramai yang masih tidak puas hati dengan hal-elwal kerajaan pusat, kepujian patut diberi kepada Kementerian Luar Negeri dan kementerian-kementerian yang lain di mana tahap perkhidmatan telah meningkat. Saya dengar, kad pengenaldan dapat dikeluarkan dalam masa 40 minit dan pasport, lebih kurang 2 jam.
Harap-haraplah prestasi sebegini dicontohi oleh kesemua pihak kerajaan.
Oh… dengan Sijil Kelakuan Baik ini, dokumen-dokomen yang diperlukan untuk misi mencari tanah berumput kini lengkap… satu perasaan yang cukup baik…