Sunday, 20 July 2008

Tahap yang mana?

Saya percaya bahawa ramai di antara kita yang suka bergurau-senda sesama kawan-kawan kita. Misalnya, kita panggil kawan kita botak, pendek, kurus atau nama kelakar yang lain. Jika kita adalah kawan yang rapat, pasti tidak rasa tersinggung.

Sungguhpun begitu, kita boleh bergurau tentang apa jua tetapi kita tidak menyentuh hal-hal kaum. Isu perkauman merupakan satu isu yang amat sensitf di negara kita. Oleh itu, kita jarang bergurau-senda dengan memperolahkan kaum yang lain. Ini akan menyinggung perasaan kaum yang lain.

Sungguhpun begitu, kita sebagai generasi rakyat Malaysia yang baru ingin mecapai satu tahap di mana kita tidak lagi dipecah-belahkan kerana berlainan kaum. Kita berharap agar rakyat dari kaum-kaum yang berlainan dapat bersama-sama berganding bahu untuk membangunkan tanahair.

Dengan ini, saya tertanya-tanya… apakah tahap yang kita ingin capai di mana kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dapat hidup bersama-sama dan kita tidak lagi rasa tersinggung apabila terdengar lawak jenaka mengenai kaum kita.

Apakah tahap yang kita ingini adalah…

Kita hormat kaum yang lain dan kita langsung tidak bergurau tentang kaum orang lain. Kita tidak memperolahkan kaum orang lain kerana kita hendak menyinggung perasaan kaum yang lain.

Ataupun…

Kita boleh sampai ke satu tahap dimana kita tidak lagi rasa tersinggung apabila terdengar kaum yang lain bergurau tentang kaum kita. Kita boleh duduk bersama dengan semua kaum yang lain dan kita boleh bergurau and ketawa sesama kaum kita tanpa rasa tersinggung.

Apakah yang dikatakan kita sudah matang? Kita hormat dan tidak bergurau, ataupun kita langsung tidak rasa tersinggung apabila orang lain bergurau tentang kaum kita?

25 comments:

day-dreamer said...

(it took me quite some time to construct this)

Saya berasa amat malu kerana saya sudah tidak mampu menaip bahasa melayu seperti yang saudara zewt telah taip.

:x

MikeM said...

saudara zewt,

saya bangga sebagai rakyat malaysia, melihatkan masyarakat majmuk di negara ini, bukan sahaja ia sesuatu yg unik tetapi pada masa yg sama, kita dapat menikmati pelbagai perayaan dan tidak dilupakan juga pelbagai jua jamuan dari setiap kaum yg berlainan.

tetapi yg saya risau di sini ialah apabila segelintir samseng UMNO yg melambaikan keris dan berjanji akan membasahinya dgn darah kaum cina, itu satu kenyataan yg mengerunkan saya.

setelah 30 tahun saya sebagai rakyat malaysia, saya tidak pernah sesekali memandang rendah kpd kaum yg lain tetapi pernahkah kerajaan pimpinan UMNO memberi peluang yg serata kpd mereka yg berpotensi.

yg dapat saya lihat, kaum minoriti seperti cina, india dan yg lain-lain semakin hari semakin ditindas. ada juga segelintir org melayu yg tidak diberikan perhatian.

parti-parti komponen yg lain di BN tidak berani menyuarakan keluhan rakyat di parlimen.

yg saya seru ialah sebuah kerajaan yg lebih berjiwa rakyat dan adil kpd rakyat.

saya berharap tak kira tuhan apa yg kita sembah boleh menyelamatkan bumi tercinta ini dari terus didera dan dieksploitasikan (hope I spelt it right)

cheers!

Tsu Lin + + said...

I think there is a fine line between tolerance and insinuating racism. And especially if you might get a big fat lawsuit for doing the latter (or a jail sentence). I say proceed with care on this topic.

Huei said...

deep! this time..i tak faham liao! =P

Anonymous said...

semua orang mahu dunia ini dibina untuk mereka, membina dunia mengikut acuan mereka.....tetapi adakah dunia ini milik mereka?

blend or force to blend?

Nichol Brooklyn said...

I think this depends on the situation and the people we're hanging out with. My friends and I are totally okay with racist jokes.

Anonymous said...

my other racial friends would always apologized FIRST and said, "i'm not being racist here la, just telling the truth" before they kutuk or joke of other races. sigh....

joyofsharing said...

Salam Sejahtera Saudara Zewt,

Saya tiada masalah dengan kaum-kaum lain. Tetapi, generasi baru memang ada masalah besar degan perkauman isu. Ini adalah berpunca daripada gomen iaitu UMNO dan sistem Pembelajaran.

Ramai orang sudah dapat rasa dengan isu perkauman berberapa-rapa tahun yang lalu tetapi gomen tidak pedulikan masalah ini. Sedih nyer.

Sekian Terima kasih

Call me A.S for AkiraSabine said...

Ya..betul! Pada pendapat saya, budak-budak zaman kini dah tak berape kira sangat cuma yang dewasa. Harap-haraplah satu mase nanti semua kite sama, tak tersinggung ape pun.

myop101 said...

Selamat sejahtera Zewt,

Tulisan kamu mengingatkan saya tentang cerita-cerita yang diceritakan oleh bapa saya di mana dia berkata pada masa yang dulu, membuat jenaka tentang kaum-kaum lain bukanlah satu isu yang sensitif. Malah, mereka dari kaum tersebut turut ketawa dan mengeleng kepala mereka.

Pada masa yang sama, kaum lain juga berjenaka tentang kaum tionghua dan bapa saya pun turut berketawa.

Perkara ini berlaku kira-kira 30 tahun dahulu. Sekarang, kalau mana-mana pihak ingin menjenaka tentang isu-isu perkauman, pihak itu akan dikecam dan dibenci walaupun ia hanyalah satu jenaka.

Anonymous said...

Most of the racial problems stem from the politicians themselves and its been rooted into their ppl. Most ppl I know (Indian, Chinese and non-M ppl) don't mind mixing with them but mostly find that they are the ones holding back. They do not and cannot conform as much as they have their limitations . In other words, they don't really give and take or meet half-way as much as us.

Msia is one of the few safe bastions of racism left on Earth. They've not amended any laws to make them free of discrimination (of every kind) and to have equal opportunity for all. Instead, they have amended their laws to favour themselves!

Can't give Bodowi the full credit or blame for this problem. This starteed waaay back. It was at its pinnacle worst during Razak's time. Bodowi and cronies merely carried on the nasty racist tradition thus making this country more 'harmonious'.

Anonymous said...

Racial issues has never died down. Every now and again, the issue is brought up. Its not like other races (Chinese, Indian and other non-M ppl) do not want to mix with them. I often find that mostly they're the ones holding back. They've made their own limitations. More often than not, we gotta conform to them as they do not, refuse or know how to conform to others. In other words, to meet half-way and 'to give and take'.

Msia is one of the few bastions of racism left on Earth. This country is has not altered any laws to make it free of discrimination (of every kind) and to have equal opportunity for all as per the UN's. They've actually done the opposite that is to alter the laws to make it more racial to favour their own.

Can't blame Bodowi alone on this one (although he did continue the nasty tradition). Started waaaaaaaaaaaaaaaaaay back. It was the worst during Razak's time. I should stop here. I can feel my 'colourful language' coming out at the thought of the racial and political situation here. Sigh...

H.C. Tan said...

hmmm...i can still hang out with my malay and indian friends at mamak lo..but we never talk abt racial issues lah...

missironic said...

pada pendapat saya, bergurau senda pun ada batasnya..walaupun serapat mana pun, kalau kita melampaui batas itu, kita masih boleh menyakiti hati org terdekat dgn kita.

akan tetapi, mengenai isu perkauman menjadi topik pergurauan, saya rasa itu bergantung kepada org yang kita berkawan dgn, bahkan apa pun kaum mereka..kalau mereka mempunyai hati yg besar, kalau bergurau senda sedikit mengenai perkauman, saya rasa mereka takkan berasa tersinggung. kerana, itu hanya gurauan bukannya kita menyatakan sesuatu yg fakta...

walau bagaimanapun, saya ingin menekankan, jgn la bergurau sampai mengada ngada..kita mahu menghiburkan rakan kita bukan memusuhi dgn rakan kita..oleh itu, bergurau dgn berpada pada..

inilah pandangan saya. =)

zewt said...

day-dreamer - takde lah... saudari tak cuba saja...

Michael Song - setuju... tapi, yang penting, apakah mentaliti kita? apakah reaksi kita terhadap isu ini? itu lebih penting.

Tsu Lin - i think it will be a beauty when if i am fat and ppl call me fat, i am not offended and this feel spreads to race as well.

huei - hahahahaha... cuba cuba.

erm - betul pun, kita hanya di dunia ini buat sementara waktu sahaja.

nikz - but are you guys from different race and making fun of your own race?

Boss Cat - well... will be offended?

zewt said...

joyofsharing - salam sejahtera. kita tidak patut terus menyalahkan kerajaan. reaksi kita juga amat penting.

Akira - betul... kita boleh bergurau sesama sendiri. tahap toleransi memang sudah naik... tapi... ada pihak yang ingin sebaliknya.

myop101 - saya rasa kita sebagai generasi yang moden patut mencontohi generasi ibubapa saudara. kita tidak boleh terus menyalahkan pihak-pihak tertentu. sebaliknya, kita patut berusaha untuk mencapai satu tahap di mana kita boleh berjenaka dengan apa jua kaum.

pinknpurplelizard - i think we all have a role to play. we have certainly reacted in a negative manner. if only we play our role, it can be better.

HC Tan - try and see? :P

missironic - hahahaha... jadi, nak bergurau pun ada batasannya... :)

missironic said...

semestinya! mesti jaga hati org ma.. =)

Anonymous said...

Soal perkauman tidak akan terbangkit sekiranya segelintir orang di tanahair kita tidak mengalu-alukan kepentingannya. Sebenarnya apa yang kita harus ketepikan adalah istilah "kaum" dan mementingkan apa yang dimaksudkan "bangsa Malaysia". Malangnya dengan adanya faktor-faktor di sekeliling kita seperti sekolah sekular, impian ini nampaknya sukar dicapai.

Anonymous said...

alamak... apa ni? tiba-tiba.... ooops saya sudah lupa BM saya. Aahahaha

zewt said...

missironic - setuju... setuju...

giddy tigress - jadi, visi itu akan terus jadi impian sahaja. sungguh menyedihkan hati.

littlepolaris - fail!

WY said...

zewt da malay king!

izpuri said...

I'm happy you can write really well in Bahasa Malaysia. Ada batasannya nak bergurau, tidak kisahlah bergurau tentang apa sekalipun. Itu sepatutnya semua orang tahu, kecuali mereka buat-buat tidak tahu. Cuma satu yang tak suka tentang kaum saya sendiri adalah, kenapa mereka apabila bercakap dengan Chinese, mesti nak ada slang Chinese, kalau dengan India, mesti ada slang India. Kemudian, itu akan menjadi lawak-lawak bodoh di dalam tv. Heh. So mysterious...

zewt said...

WY Kam - but i wont be a Dr... like u :)

sipuri - haha... lawak dalam tv... kalau berlakon, takpe lah...

Anonymous said...

Saya rasa sebaik-baiknya kita langsung tidak rasa tersinggung apabila orang lain bergurau tentang kaum kita. Tapi, ada mungkinkah ini akan berlaku di negara kita?

zewt said...

jam - saya rasa boleh. tapi bukan sekarang.