Tuesday, 25 March 2008

Lawatan ke sekolah dan syabas Kementerian Luar Negeri

Sudah lama telah saya nanti satu tajuk perbincangan yang sesuai agar saya dapat paparkan satu petikan blog dalam Bahasa Kebangsaan. Kesabaran akhirnya dijawab dengan peluang ini di mana hari ini saya melawat sekolah saya untuk jumpa pengetua dan Putrajaya untuk mendapatkan perkhidmatan dari Konsular kerajaan.

Dua hari yang lalu, saya berkata bahawa
permohonan Sijil Kelakuan Baik mesti dibuat melalui satu boring yang perlu disokong dengan ulasan oleh beberapa kategori pegawai yang tertentu. Salah satu kategori tersebut ialah pengetua sekolah menengah. Maka hari ini, saya mengunjung sekolah menengah untuk tujuan tersebut. Malangnya, pengetua tidak hadir di sekolah hari ini. Kononnya, pergi taklimat.

Sungguhpun begitu, Penolong Kanan, En. Chin yang masih ingat muka saya sudi membuat ulasan dalam boring permohonan yang berkenaan. Rupa-rupanya, ‘guru berada dalam Kumpulan A, iaitu pegawai kerajaan dalam kumpulan perkhidmatan pengurusan dan professional. Oleh itu, ulasan dan tandatangan En. Chin sudah memadai.

Seterusnya, saya turn ke kantin dengan harapan dapat menemui cikgu-cikgu yang pernah ajar saya dahulu. Nasib menyebelahi saya apabila saya nampak guru tingkatan saya, Pn. Lim dan seorang guru yang lain, Cik Yap. Bukan main, Pn. Lim masih ingat nama saya. Jules kata saya pasti seorang yang nakal. Sama ada saya nakal atau seorang pelajar yang bijak, buatlah kesimpulan anda sendiri…

Selepas menyampaikan salam dan memberitahu mereka tujuaan saya berada di sekolah, saya dengan Jules pun memulakan perjalanan ke Putrajaya.
Kementerian Luar Negeri ditempatkan di Wisma Putra, sebuah bangunan yang tidak mudah untuk dicari. Setelah membuat beberapa pusingan, akhirnya dijumpai Wisma Putra yang berada di Precint 2.

Setelah mendapatkan pas pelawat, saya dan Jules masuk ke bangunan dan ditemui oleh seorang pegawai wanita di kaunter yang menyemak dokumen-dokumen yang saya ingin kemukakan. Semua dokumen tersebut nampaknya teratur dan seterusnya, beliau mengeluarkan nombor giliran untuk saya… 2019, nombor yang sedang menerima perkhidmatan pada masa itu ialah 2017.

Orang agak ramai yang satu perkara positif yang saya perhatikan ialah… 4 kaunter kesemuanya, 4 kaunter yang beroperasi. Ini memang satu peningkatan tahap perkhidmatan berbanding masa dahulu di mana kerap kita lihat banyak kaunter yang tidak berfungsi, macam untuk hiasan saja.

Nombor giliran saya dipanggil dan saya terkejut apabila suara yang keluar dari pembesar suara berbunyi…

“two zero one nine, counter three”. Bukan main, memang ini Kementerian Luar Negeri, perkhidmatan Konsular.

Setelah menyampaikan dokumen-dokumen yang berkenaan dan membuat bayaran sebanyak RM20, saya sengaja mula mengira masa yang diperlukan untuk mengeluarkan Sijil yang dipohon. Tahu berapa lama yang perlu saya tunggu? Hanya 20 minit.

Saya amat puas hati dengan tahap perkhidmatan yang diberi. Sungguhpun ramai yang masih tidak puas hati dengan hal-elwal kerajaan pusat, kepujian patut diberi kepada Kementerian Luar Negeri dan kementerian-kementerian yang lain di mana tahap perkhidmatan telah meningkat. Saya dengar, kad pengenaldan dapat dikeluarkan dalam masa 40 minit dan pasport, lebih kurang 2 jam.

Harap-haraplah prestasi sebegini dicontohi oleh kesemua pihak kerajaan.

Oh… dengan Sijil Kelakuan Baik ini, dokumen-dokomen yang diperlukan untuk misi mencari tanah berumput kini lengkap… satu perasaan yang cukup baik…

62 comments:

jessbabe said...

Bahasa Malaysia anda boleh dibaca dengan senang sekali. Namun demikian, saya rasa bahawa Bahasa Inggeris adalah kekuatan anda.

Tahap perkhidmatan di Malaysia tidak boleh dikatakan seimbang sama sekali jika berbanding dengan negara lain. Namun, Malaysia sedang menaiktarafkan kebanyakkan tahap perkhidmatan pusat kerajaan ke tahap yang lebih memuaskan.

Malaysia BOLEH! :)

sooi2 said...

BM awak jikalau bukan A1 pun ade sekurang-kurangnye A2. Syabas Ziut, dan selamat berjaya dalam misi pencarian tanah berumput hijau anda.

chewygurl said...

terkejut aku! ingatkan salah tempat pulak nak baca blog saudara Zewt ni haha

so adalah jugak ya, sesetengah benda yang membuatkan kita bangga jadi rakyat Malaysia kan? :)

angeles said...

Syabas, Zewt!

Akan tetapi, maafkan beta sebab ternampak beberapa kesilapan ejaan yang buat beta tergelak sikit.. jangan marah ya... paragraf kedua, "...dibuat melalui satu boring yang perlu disokong...", juga paragraf ketiga, agaknya Zewt maksudkan "borang"?

Sekali lagi beta minta ampunlah sebab ini dah jadi 'naluri' saya disebabkan kerja saya ;)

Actually ada lagi, tapi takpe lah... bumi mana tak ditimpa hujan, kan? ;) Semoga Zewt menemui pastura yang lebih indah tidak lama lagi!

angeles said...

Tengoklah, I pun tersilap pakai "beta" dan "saya" dalam ayat yang sama... so kita seri! :P

k.h. said...

chis! semua pun jawab dengan B. M. pula...

tak sioklah!

inggeris, boleh?

pavlova said...

ok, my malay has gone rusty, so apologies i can't write in malay these days :P

but anyway, syabas for getting that wretched document!
all is ready for the immig. ppl! :) yay!

all the best for your application!

Anonymous said...

boring=borang? atau adakah saudara sengaja menggunakan ejaan yang mungkin mengandungi makna tersirat?

phew~~ berbelit lidah/jari2 saya menaip. saya sudah lama tidak menggunakan bahasa kebangsaan formal.

saya sedang dalam usaha untuk menggunakan bahasa kebangsaan bagi persediaan temuduga bersama pihak SPA pada minggu depan. sigh~ not sure how it's gonna turn up.

anyway, all the best! hope everything goes well + accordingly. But yeah, we plan He decides ;).

~Lenny

suituapui said...

Jika Malaikat(Angel?) menjadi guru BM, saya pasti pengajarannya tak boring...khususnya jika tentang buah-buahan dan sayuran-sayuran! ROTFLMAO!!! (Ooi, cikgu! Perenggan lah! Apa itu paragraf? Dan ada perkataan seperti "pastura" kah?)

Dan bagi menjawab soalan Cigku Angel, kawasan gurun tidak ditimpa hujan...dan rumputnya pun jarang seperti benua yang zewt akan pergi nanti! Alamak, zewt! Adakah saya ni selimut basah???

suituapui said...

Oops...saya pun tersilap! Cikgu jadi cigku pula!!! Itulah! Sering cakap tentang buah-buahan! Hahahahaha!!!!!

Saya setuju dengan chewygurl! Selalunya manusia mengeluh atas sebab mereka tiada kasut sehingga ternampak adanya orang yang tiada kaki.

Kel said...

Hey all MBSians can only speak in 2 languages in school. So I am not surprised at all. Haha. The 2 languages are BM and Eng. Anything out of that they get a language offence which is payable through a fine. That's what I know from my bro about the school I once was in. Nice to meet another MBSian. May I know when you graduated and what form. I may know you after all. lol

myop101 said...

Saudara Zewt,

Moga-moga perjalanan anda dari sini hingga mendarat di lapangan rumput yang luas dan hijau tidak menghadapi apa jua masalah.

Berkenaan dengan tahap perkhidmatan jabatan-jabatan kerajaan, saya pun agak berpuas hati dengan kebolehan mereka untuk memperbaharui paspot saya dalam masa lebih kurang 3 jam (ini termasuk waktu menunggu giliran saya). Berbanding dengan 5 tahun dahulu, ini adalah pencapaian yang baik kerana pada masa itu, pihak imigresen mengambil lebih kurang sehari untuk memperbaharui paspot saya.

Saya pun agak bersetuju dengan pendapat kamu jika semua jabatan-jabatan kerajaan, tidak kira sama ada kerajaan pusat, negeri atau tempatan, mencontohi jabatan imigresen dan hal ehwal luar negeri dalam urusan mereka. Dengan tahap perkhidmatan yang efisen dan efektif, daya saing negara pasti dapat dipertingkatkan.

CK Tan said...

memang tidak dapat dipertikaikan bahawa mutu perkhidmatan jabatan-jabatan kerajaan semakin baik. ini ialah suatu keadaan yang patut dekekalkan.

akan tetapi, saya masih ragu tentang mutu perkhidmatan di bandar-bandar lain selain Putrajaya. little napoleon masih banyak berteraburan.

hey zewt, harap perjalanan anda ke luar negara lancar and gembira seadanya.

Huei said...

*faint*

missironic said...

Agak pelik untuk memberi komen dlm BM..akan tetapi merujuk kepada entri bm zewt, org putih kata, "what the heck!" lolz...

boleh tahan jugak masih boleh menaip and membelog dlm BM. saya agak terkejut melihat entri zewt dlm BM akan tetapi sesuatu yang baru dan menyegarkan untuk dibaca. Hehehehe...

bagus la perkhidmatan kementerian kerajaan telah dipertingkatkan..mmg patut pun..kalau sentiasa sama saje, kita sbg rakyat bagaikan 'boleh mati menunggu' lolz..

saya pun ingin menanya pasal perkataan 'boring'. disengajakan atau mmg ada kesilapan menaip? bukanlah saya ni nak membuat pembetulan seolah-olah saya ni cikgu..tetapi hanya berasa hairan je..hehehee..

tahniah kepada zewt kerana telah berjaya melengkapkan proses untuk kamu dan jules ke negara yg mempunyai padang rumput yang lebih segar dan baik...saya mengucapkan semoga berjaya ke negara diseberang sana! =)

j or ji said...

mula-mula saya baca...biasa je...sampai ke ayat .- Sama ada saya nakal atau seorang pelajar yang bijak, buatlah kesimpulan anda sendiri…- terus saya berhenti baca dan fikir.."eh, kenapa pelik ni?"

lepas tu saya menggelonsor (scroll) ke bawah dan lihat post semalam dalam bahasa inggeris..lepas itu saya ketawa.muahaha.

dan saya pun memulakan semula membaca kiriman (post)ini dan barulah saya faham.

KDK -ketawa dengan kuat

bongkersz said...

saya terkejut beruk bila melawat belog ini, ingatkan saya tersalah memasukkan alamat belog anda.

saya melihat ada terdapat beberapa kesalahan ejaan dalam karangan belog anda. masih boleh diperbaiki. :P

perkhidmatan jabatan-jabatan kerajaan di putrajaya memang agak berkualiti jika dibandingkan dengan tempat lain, maklumlah pusat pentadbiran negara :)

syabas saudara zewt, anda maju setapak lagi untuk memijak rumput hijau di negeri orang. ada peluang, kirim lah sedikit rumput untuk saya pula memijaknya hahaha!

akhir kata, hujan lumpur di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, selagi *tut* masih memerintah di sini, memang baik di negeri orang.

PabloPabla said...

Eh? Lu budak MBS kah? Sama dengan gereja gua :D

"Joe" who is constantly craving said...

saya tak pandai cakap dan baca bahasa melayu..macam mana faham?

kenapa saya nak tunggu 3 minggu sebelum kamu proses untuk saya ar?..

buggers.

elvinado said...

Tapi...kenapa semua borang = boring...adakah borang subset kepada boring atau sebaliknya...Memang bahasa Malaysia yang baik...selamat menjalankan misi tanah berumput...

JesieBlogJourney said...

BM saya sudah berkarat. Maklumlah sudah hampir sembilan tahun menetap di Amerika Syarikat.

Memang pejabat kerajaan di Putrajaya agar susah dicari. Saya hampir tak percaya perkhidmatan di Wisma Putra begitu cepat sekarang. Saya tunggu hampir dua jam di bangunan lama sembilan tahun yang lalu.

orang cina said...

gua orang cina, gua tulis blog dalam bahasa cara orang cina cakap bahasa.
Ini zewt tulis banyak formal.

Jacss said...

it took me a while to dig out congratulations in BM...here u go, "tahniah" !!!

bukan main calang ah you....

i tahu u sengaja eja 'boring'... now semua sudah 'kena' oleh zewt!!

Pookyma said...

Esei encik telah menbuat saya ketawa terbahak bahak dan juga terkejut.

Ko ingat ko masuk laman web yang silap tapi ini memang laman web As Zewt As It Gets...

Your Malay is pretty rusty i guess...hahaa

And you wrote boring instead of borang..was it done on purpose?

Leah said...

I came here to rant about my experience with the same department and ingat salah tempat !

I just talked to one clerk on the phone, she said my name is not in the system => they didn't receive the forms + 2 photos + postal order RM20 that mailed a month ago. She advised me to use the new form and do it again. @#$%^&*(

BTW, if you need to get any documents i.e birth cert translated, the court interpretors can do it a fraction of what the translators in Dewan Bahasa charge.

whoalse said...

Urm...my malay most probably kaput d!

Another step closer!

Jun said...

saya sudah lupa bm sejak habis spm la... catatan anda yang berkaitan dengan perancis lebih menarik :)

lili@edlin@ said...

Hi..

Hurmmm... Saya rasa saya boleh agak mengapa "borang" menjadi "boring".. Pasti Encik Zewt taip petikan ini terlebih dahulu di Microsoft Word.. Kerana itu jugak "turun" menjadi "turn"..

kan? :)

angeles said...

Hahahaha, itu cilakak Cikgu STP (translation -> CBG?? CantikBesarGemuk?? LOL!) mempersendakan daku! Cikgu STP, semalam semasa menaip komen itu, otak yang sudah berpenat sepanjang hari siang gagal memproseskan terjemahan untuk perkataan 'paragraph' la... tak sangka ada jugak cikgu yang periksa komen kiter nie kakaka...

MeLiSsA said...

Bukan main lagi anakanda punya bahasa malaysia. Saya amat terharu membaca petikan blog ini dan taniah kepada anda kerana telah habis melengkapkan segala dokumen untuk misi mencari tanah berumput 'yang lebih hijau'.

sekarang, saya pun teringin untuk menulis sebuah petikan dalam bahasa malaysia dalam blog saya. saya telah lama memikirkan tentang ini, tetapi saya ini memang malas...faham faham lar.

Mummy said...

Can't comment in Malay (cos' my bahasa Malaysia manyak buruk leh).

Can't help but note that you are planning for greener pastures. Something that I hv said over the past year or so to friends..."greener pastures" is very subjective.

The few factors which are important in life or wd make us decide to relocate are stability (includes safety), access to good healthcare and family. At different stages in life, these factors will take their priority. Perhaps as a young man with a career about to fly off, stability comes first. But when health becomes a problem, you really long to have access to the best healthcare, even if you have to pay for it. When you then have a family, you want a surrounding that would give your child the stability, warmth, good healthcare & education & most importantly, a good ground to bring your child up. Wherever we may be, we long to be closer with our family/our parents, to be able to spend some time with them.

I understand from your previous entries, you hv been to the UK. 2 months of work may not give you an overview of the full picture of living in this country. Only when we spend a longer time, you will see the downsides of the country. the boss may not be as cheery as you think. people are more hypocritical than you would imagine. The place lacks the warmth of people. You want a place that you can assimilate yourself easily too. Healthcare may be free for all, but it is of a poor standard, esp when you may wait forever to see a specialist. It is better to pay to see the best. Education may be good, but you fear that along the way, your child would hv the influence of the poor social disrespect of just about everything. The exchange rate may work to our favour (but the economy is in the doldrums now) plus, after taking away the many unending taxes that are imposed, you do not save as much you wd think. Lastly, you will realise how much you wd want to spend time with your dad, 'cos no matter how much hurts in between, he is still your father.

At the end of the day, just a word of caution that it ain't a bed of roses here. Don't really want you & your wife to feel the desperation here, after the initial euphoria of relocation. Every place has its weakness.

God will lead you to the right decision and the right place, as long you place your trust in Him.

All the best.

zewt said...

jessbabe - selalu blog dalam inggeris, sekali-sekala, blog lah dalam BM... kan seronok... :)

sooi2 - takde... sekadar C4 saja :)...

chewygurl - haha... tak salah, sekali-sekala perlu blog dalam BM :)

angeles - sebab borang menjadi boring adalah kerana fngsi 'auto-correct' dalam microsoft word di mana borang akan tukar kepada boring secara automatik. apa tu pastura? hahahaha.... hahahahaha... cantikbesargemuk.... kelakar!

pavlova - thanks... hope the rest will go well. I think it all depend on God now.

anon aka Lenny - itu fungsi auto-correct kat word ler.... sigh... putar belit jari... haha... bayangkan lah semasa saya tulis blog tersebut... indeed... He decides...

suituapui - memang pu.. perenggan... bukan paragraf... kakakakaka... eh, angeles panggil cikgu cantikbesargemuk!

zewt said...

Kel - hello... welcome to AZAIG. yup... MBSians... i graduated loooong ago, dont think you will know me... :)

myop101 - dulu,kad pengenalan perlu lebih dari 6 bulan... saya memang hairan, kenapa perlu masa yang begitu lama. harap harap kesemua jabatan kerajaan akan terus meningkatan tahap perkhidmatan mereka agar rakyat tidak perlu bazir begitu banyak masa semasa membuat sebarang permohonan.

CK Tan - jadi, pak lah ada membuat sedikit pembaikian dalam pekhidmatan kerajaan...

huei - faint tu... pengsan lah.

missironic - hahaha... semua orang memberi komen dalam BM... begitu gembira saya mendapat sambutan begini. boring tu... pasal auto-correct microsoft word lah... apa lagi?

zewt said...

j or ji - KDK!!!! frasa baru hari ini :P

bongkersz - banyak kesalahan... sigh... semua pasal auto-correct microsoft word ler... bukan kesilapan saya... hehehehe... saya suka peribahasa yang saudara beri... hehe...

pablopabla - gereja? itu gereja saya tak pergi lagi sejak 2002.

constant craver joe - 3 minggu? untuk apa?

elvinado - hehe... takde makna tersirat... memang kesilapan microsoft word :)

JesieBlogJourney - 9 tahun kat amerika masih boleh beri ulasan sebegitu... sudah amat baik! 2 jam? itu pasti masa dulu...sekarang... sudah naik prestasi :)

zewt said...

orang cina - salam... selamat datang ke AZAIG. hahaha... ya pun... saya rasa terlalu formal.. tapi, itu memang cara blog saya... hari jumaat lah... saya gila sikit.

Jacss - tak sengaja... boring tu pasal auto-correct microsoft word... dan saya tidak semak blog saya... sigh...

pookyma - sudah sangat karat lor... tapi borang jadi boring pasal microsoft word... bukan saya hehehehe....

Leah - hahaha... tak salah tempat... still can rant. i think perhaps i was just lucky... or perhaps, you went at the wrong time? interpret things... go commissioner of oath... it's cheaper.

whoalse - yeah... closer... now, all depends on God.

Jun - hahaha... catatan kedua akan keluar tidak lama lagi.

zewt said...

lili@edlin@ - sungguh cerdik...

MeLiSsA - oh.. faham... faham... hahaha... BM anda pun masih baik... pasti petikan blog anda akan menarik...

Mummy - Hi there... been a while since i see you here... indeed, i think i have reached an age where i want different things in life. i know things in UK isnt exactly very rosy. surely, london is not a place to stay forever but it's definitely a place to make as much money as you can and then leave....

all i can do now is to pray and ask God to continue to reveal His plan for me. I am sure my hope to move to greener pastures will not happen if He does not approve it... :)

suituapui said...

Cantik Besar Gemuk, Malaikat? Kayu dan batu boleh mematahkan tulang saya tetapi perkataan2 tidak akan meninggalkan apa2 kesan! LOL!!!

...But on a serious note, zewt, do take note of Mummy's comment; she's telling it as it is. However, it's YOUR choice and whatever choices we make, we'll just have to live by them and make the most out of our lives - roses and along with them, all the thorns!!! But do consider carefully before you start burning the bridges behind you.

Bee Ean said...

Perkhidmatan di Putrajaya memang bertingkat angtarabangsa. Nasib baik lah anda dapat selesaikan semua dalam tempuk 20 minits sahaja. Saya kena tunggu 1 jam pada tahun 2007. Agak-agaknya mereka melaksanakan konsep "pembetulan keterusan" dalam perkhidmatan mereka.

Semoga anda dapat berhijah ke Australia secepat-cepatnya.

missironic said...

hahaha..sesuatu yang berlainan..itu pasal byk org pun terikut ikut untuk komen dlm BM. oohh..auto-correct punya pasal! patutle..takpe..sekarang kita semua sudah faham kenapa! hahahaha..

zewt said...

suituapui - yes, i get what you mean. but i think i am prepared for it. i think it's a better environment for my future lil-zewts...

bee ean - 1 jam tu... takpe la... sudah amat baik berbanding dulu... satu hari.. masih ingat tahap dahulu?

missironic - saya rasa... saya akan buat lagi satu dalam BM... agak seronok... hehehe...

neno said...

pening kepalaku membaca post ni..sigh..harap sistem di tempat kerjaku dapat ditingkatkan lagi..belum dapat lagi allowanceku..

PurpLe~MuShRooM said...

Wah lau eh... BM you sangat bagus. BM pembaca yang lain pun sangat baik. Walaupun saya dapat gred yang baik untuk BM dalam peperiksaan SPM, tapi BM saya sudah basi.

You can really write... :)

Lynnwei said...

sememangnya satu petikan yang amat menarik. mudah untuk dibaca tetapi saya mendapati bahawa saya sudah lama tidak membaca dalam bahasa melaysia dan telah mengambil lebih masa untuk memahaminya.

dan tidak dipercayai semua komen adalah dalam BM. ini telah mendorong saya untuk menulis dalam BM juga.

amat sukar sekali. BM saya sudah karat! =(

semogo anda menjumpai tanah berumput yang baik! ^^

missironic said...

ooh..betul ka? bagus! saya tentu sekali akan menanti untuk entri itu! ya, agak seronok jugak belog dlm bm..sudah lama saya tak belog dlm BM. mungkin tiba masanya untuk saya buat begitu jugak? hahaha..sehingga entri BM zewt yg akan dtg! =D

Huei said...

ok..

*pengsan*

jam said...

So you are emmigrating to UK? Good luck!

kyh said...

Zewt berhijrah ke Melb atau Syd? Bagi saya, saya lbh suka Melb kerana suasananya yg mirip kpd Eropah pada kurun 18/19. Lagipun, bangunan2nya ada ciri kolonial yang memang saya minati. :)

Rashikaps said...

They say when you don't risk anything, you risk even more. Give it a shot. You don't want to go back to your country thinking you didn't have the courage to say YES to life. :)

Yes, yes, I understood all you wrote. :)

zewt said...

neno - hospital mana ni?

purple mushroom - sekurang-kurangnya... perkataan basi digunakan... perbendaharaan kata yang baik... :P

lynnwei - hahaha... saya pun terkejut dengan semua ulasan-ulasan yang dibuat dalam BM... pembaca sungguh 'sporting' hehe...

missironic - sebab kita semua sekarang rasa patriotik kot... haha...

huei - cepat bangun dan belajar blog dalam BM ya...

jam - terima kasih...

kyh - saya dengar kabar, suasana di sana sudah menjadi amat moden...

rashikaps - no kidding!!! incredible... incredible...

missironic said...

hmm..mungkin tidak..mungkin kerana kita merindui BM..hahahaha...bak kata perpatah, "hilang di mata, hilang di hati, bila muncul depan mata, timbullah perasaan semula"..hmm, ok..itu hasil ciptaan saya sendiri..hahahaha =P

Susu Kacang said...

hi saudara zewt

saya rasa pendapat mummy memang benar berkenaan dengan realiti menginap di negara asing untuk jangka waktu lebih lama. pada masa yang sama, saya rasa memang betul juga hasrat saudara zewt untuk menerokai nasib di benua lain ini. bak kata pepatah - pengalaman menjadi milik saudara bila saudara gagal mendapati apa yang saudara inginkan pada mulanya. saya ucapkan semoga berjaya kepada saudara zewt dalam perjalanan baru ini.

apa yang jelas dari tulisan saya ini ialah bertapa merosotnya BM saya sudah menjadi selepas berpuluhan tahun berada di luar negeri. perkataan 'menginap' itu tidak tepat tetapi saya tidak dapat memikir perkataan lain untuknya.

zewt said...

missironic - karyawan!

susu kacang - saya rasa, perkataan yang lebih sesuai ialah... menetap :) terima kasih atas nasihat saudara. harap harap saya membuat satu keputusan yang bijak.

missironic said...

hahaha..sama sama la..;)

sharlydia said...

hahaha....didnt know that your bahasa is still not too bad huh!

zewt said...

missironic - :)

sharlydia - jangan main main...

narrowband said...

Bukan main, Bahasa Kebangsaan anda masih lagi hebat. Syabas!

Sebenarnya saya telah mengalami pengalaman yang lebih kurang sama seperti anda, kira kira dua minggu lalu. Saya di ibu pejabat JPJ di wangsa maju, KL, dan bukan main ramai orangnya di situ. Namun, oleb sebab saya telah bertanya di kaunter pertanyaan tentang lokasi kaunter yang perlu ditujui, seluruh prosesnya telah diringkaskan sama sekali. Sejurus saya tiba di kaunter tersebut, daripada nombor giliran saya, saya mendapati terdapat lebih kurang 5 orang sahaja di depan saya. Apabila tiba giliran, seluruh proses disempurnakan kurang daripada 10 minit. Saya amat kagum dengan pejabat JPJ yang efisien lagi mesra.

(80 patah perkataan) ... approx.

zewt said...

narrowband - hahha.. 80 patah perkataan.. buat rumusan ke? saya dengar khabar, JPJ paling tak effisien. rupa rupanya... agak mengkagumkan juga.

KittyCat said...

I agree with you 100% on the "sebuah bangunan yang tidak mudah untuk dicari" - will post one day on my own little treasure hunt in Putrajaya!

zewt said...

kittykat - i look forward to that post then :)

transex roma said...

Thank you for your article, pretty worthwhile material.

posicionamiento en buscadores google said...

Gosh, there's a great deal of useful material above!

tablet pc tienda said...

I read really much helpful information here!