Wednesday 18 June 2008

Pelbagai lawak menuntut rebat

3 hari telah berlalu semenjak bermulanya tarikh untuk menuntut rebat petrol. Dengan harapan agar kebanyakan rakyat telahpun menuntut rebat mereka, saya melawat Pejabat Pos yang berhampiran untuk menuntut rebat petrol saya.

Dari jauh, nampaknya Pejabat Pos tersebut bukannya terlalu sesak. Syukurlah, tiada orang beratur sampai ke tempat letak mereka seperti yang dipaparkan dalam surat khabar. Setelah mengisi borang yang disediakan, saya terus mengambil nombor giliran…
57 pelanggan sebelum saya akan dilayani, terpaksa-lah saya duduk bersendirian menunggu giliran. Oh, untuk mereka yang layak dan masih lagi belum menuntut rebat, borang yang perlu diisi bukannya borang khas untuk rebat tetapi borang kiriman wang. Kononnya, tiada borang yang sesuai lagi maka, gunalah borang kiriman wang. Itupun, salinan fotostat sahaja.

Semasa menunggu giliran, saya dapat perhati macam-macam ragam orang yang datang menuntut rebat mereka…

Ada yang telah sabar tunggu begitu lama… apabila sampai dekat kaunter, hanya nak beli 1 keping setem 30 sen. Tunggu begitu lama hanya nak beli 1 setem! Pengsan saya…

Ada yang sampai dekat kaunter, serahkan borang and kad pengenalan… pegawai tanya…
“Encik bila renew road tax?”
“Bolan enlam”
“Bulan enam tak boleh lah encik. Hanya untuk road tax bulan April dan Mei saja”
“Hah! Bolan enlam tak boleh kah?”
“Tak boleh…”
Dengan muka yang kecewa, encik itu meninggalkan kaunter sambil berkata… “yau mo kau cho ah”.
Kawan-kawan, hanya mereka yang telah membaharui lessen jalan dalam bulan April dan Mei sahaja yang layak menuntut rebat. Bolan enlam, lujuh, lapan, similan, sipuloh somma belum lagi.
Ada yang datang dan terus pergi ke kaunter untuk mengambil borang. Aiyoh… bukalah mata besar sikit, banyak borang kat pintu dan banyak orang masih mengisi borang dekat sana. Tak boleh ambil borang dari sana ke? Biasanya, orang yang macam ni akan pergi ke kaunter dan tanya…
“May I have some forms please… I want to make my petrol claim”
Orang macam tu lah…faham?

Antara lawak-lawak yang di atas, terdapat satu yang memang tidak dapat ditandingi. Mereka ialah golongan yang nampak resah… macam sudah hilang kesabaran… muka sudah nampak marah… mata menolek ke jam tangan beberapa kali… geling kepala tak berhenti-henti setiap kali nombor dipanggil… tapi, apabila sampai ke giliran mereka… bontot macam berat sangat. Lepas tu, jalan dari kerusi ke kaunter macam model antarabangsa. Aiyoohhh… kalau tahu sudah tunggu lama, jalanlah cepat sikit, janganlah jalan macam ‘catwalk’ ke kaunter!

Setelah menunggu lebih-kurang 40 minit, sampailah giliran saya. Walaupun sudah tunggu 40 minit lebih, saya ingin kata, proses menuntut rebat cukup pantas. Masa dari nombor giliran saya dipanggil sampai dapat duit, 48 saat. Tetapi, saya taklah jalan macam model. 48 saat, sungguh mengkagumkan.

Ingat ya… bolan enlam, lapan, similan dan sipuloh masih belum layak tuntut rebat lagi ya…

55 comments:

Anonymous said...

aku selalu cakap dalam n9 dialect to make it funny

tapi u win hands down

kau punya bahasa malaysia terlampau normal untuk di terima

hahahahahaha goshhhhhhhh!

Anonymous said...

haha..

love the layman terms..

bolan enpat dan enlam bole klem saja..

made my day, tot wanna go claim liao..thx for the info

rainbow angeles said...

haha.. ko nie memang kelakar!

memang macam-macam ada!

Anonymous said...

lu punyak bahasa manyak silat~ wa caya sama lu.. respek siot! o.0!

trimas manyak manyak atas informasi rebat.

TH said...

Tiada persaingan dah! Kelakar lah ni.

day-dreamer said...

Kesiannya... Saya hate beratur panjang-panjang... :x

Mereka buat macam ini, tak baik kan? Bukan semua orang ada masa pergi beratur...

Anonymous said...

saya tak boleh faham!!!!!!

myop101 said...

salam sejahtera zewt,

seperti yang ditulis dalam blog saya, tahap perkhidmatan Pos Malaysia cukup pantas apabila anda dilayani di kaunter...:)

tapi, kerana ramai orang ingin menuntut rebat mereka, mereka yang lambat terpaksalah menunggu giliran mereka.

pada pendapat saya, untuk mencepatkan proses ini, mereka patut menyediakan kaunter-kaunter khas untuk pemandu-pemandu dan penunggang-penunggang yang layak untuk menuntut rebat mereka.

Anonymous said...

Matilah I ni. Kenape semuo orang berkomen dalam BM? I punya BM tak cukup bagus lah. Bisa tulis sikit-sikit aje.

Road tax I bolan sembilan. Lama lagi nak tunggu. Alamak! :(

Anonymous said...

Hi Zewt, it's funny to see you write in Malay. Very weird too. Hehe! But if my students write 'karangan' like yours, I'm going to 'pulas telinga'. Hehe! Anyway, not sure consider myself unlucky or lucky since my roadtax dues in Feb. Lucky that I have no rush to make the claim. Unlucky that I have no rights to get the cash now. Sigh!

Huei said...

then when can collect for those roadtax expiring AFTER april/may???

*assuming u wrote wut i thought u wrote cos all comments here r in malay oso!! hahaha*

missironic said...

ok, saya akan ingat! hahahaha..cepatnyer sudah pergi ambik rebat kamu..saya belum lagi...harap harap bila saya pergi nanti saya tak perlu tunggu 40minit..tunggu 10 minit sudah..hahahaha..;P

Jorji said...

saya gembira dengan lawak kamu.

Jangan la selalu membuat lawak sebegini,nanti saya pula nak pengsan.

Oh,saya sangat benci dengan manusia sebegitu yang datang ke kaunter dan bertanyakan borang.

yau mo kau cho ah!

Zewt , friday aleady ka?
:)

zewt said...

erm - melampau? macam mana melampau? :P

ngy - you bolan apa? hehe...

rainbow angeles - sudah klem ka balom?

-=Sin=- - haha... sama sama. jangan jadi model ya...

twisted heels - hahaha... BM aku masih boleh ya...

day-dreamer - kalau nak duit... takde pilihan ler...

Jules - itulah... masa kat sekolah... tiru kerja rumah orang lain...

zewt said...

myop101 - salam... takpe lah, saya rasa dalam masa 1 minggu lagi, semua yang layak pasti sudah menuntut rebat... kita kan kiasu...

Kenny Mah - hahahaha... sekali sekala... belog dalam BM kan syiok! bolan similan... tunggu la... 3 bolan lagi.

Jennifer - well, dont lah pulas telinga dia orang... if they can write like me... they are talented! :P well, i would consider you unlucky, cash in the hands is always better.

huei - you will get your rebate when you renew your road tax... no need to queue :)

missironic - pergilah jam 4 petang, saya rasa... pos ofis akan kosong.

j or ji - hahaha... balom friday hehe... tapi gian sangat nak belog BM. kakak bro kata bro selalu travel... itu pasti pengsan weh...

June Azizan said...

zewt,,cayalah..dah tulis dalam bm..bleh improve lagi nih..hehe :D cool*

well i have to wait unti august la nak claim rebate nih..sanggup ke nak beratur panjang..duit punya pasal kan,bukan sikt,banyak pulak tu..

Anonymous said...

Did anyone ever wonder about the real reason behind why we gotta go thru Pos Malaysia for the rebate? Why not cut one channel and just straight claim from JPJ? They could've just sent out via post directly to all the owners or just do a contra or something like that...

Pos Malaysia is owned by Khairy and so will benefit millions from 'komisen'.

L'abeille said...

Aigh! I tak baca blog you semalam. Pagi ini sudah pergi Pos opis kononnya nak ambik duit minyak. Roadtax saya expire bolan enlam... I bayar bukan lima... Nasib baik tak payah tunggu lama... :S

gRaCe said...

hahaha..... i dun think i can write as good as u in BM la.... my bm mostly give back to teacher ady... cakap boleh lagi la... kalau nak tulis i rasa pasti fail. haha...

i haven go collect my rebate yet. will most likely go this weekend ler.

frostee said...

Nice observations dude!

ClaudiaMom said...

haha lucunya kau ni, macam tak ada kerja.... saya pun nak singgah sebentar nak komen dalam bahasa melayu, sudah lama tak guna, karat sudah agaknya

Anonymous said...

hahah! bagus jugak ya pemerhatian saudara ni :p

yang aku dengar kan, ada jugak orang yang telah bayar road taxnya pada januari lalu pergi beratur bersama-sama untut menuntut rebat petrolnya.

*entah nak ketawa atau menangis*

Anonymous said...

*untuk

typo error lol

Anonymous said...

just noticed pinkpurplelizard's comment. that's a very enlightening statement.

Anonymous said...

Sugguh kagum dengan pos zewt dalam BM...tetapi mungkin ada tersilap sikit dalam frasa "sampai tempat letak mereka". Sepatutnya "tempat letak kereta", betul tak? LOL!

Haiz! Itulah perangai orang sini! Tak mahu dapat matlumat yang betul dan tepat, dan apabila timbulnya masalah, salahkan semau orang kecuali diri sendiri.

Di lain tempat seperti bank juga begitu! Apabila nombor dipanggil, mereka berjalan berlenggang-lenggok pula! Selalunya saya pun naik marah dan mula bersumpah...sehingga anak saya tegur supaya saya sabar sedikit.

P.S. So how's my BM? Pass or not? My time, British days, didn't study BM in school, yunno! LOL!!!

Pak Zawi said...

zewt,
yang ni tak faham, tolong terjemahkan:
“yau mo kau cho ah”.
Yang lain semua faham dan gelak besar.
Terima kasih kerana menghibukan.

Azlan Zed said...

ingatkan salah blog tadi... :)

Anonymous said...

The government is a joke itself. One day one policy. Mana tahu mana satu benar?

izpuri said...

enche zewt, blogging in Malay..susunan ayat teratur.."pitching" ok..hehehe..btw, "yau mo kau cho ah" equal to? can you translate it?

Hope said...

Lol! You are so funny lah! I admire your BM :p

KaDusMama said...

OMG!!! lawak awak ni sangat lah kelakar..membuat kan saya, ketawa terbahak-bahak..Tapi kekadang-kala berblog dalam BM agak seronok..sebab ia ibarat "sekali dalam bulan biru". Sukanya saya memabaca blog awak ni..
Ok..enough with my rusty BM, just want to say hi for the 1st time *shy*

Shopaholicfern said...

i'm bolan 2 next year...so lambat lagi lah, ya?

kyh said...

hahahaaa i still lol at ur similan sipuloh... hahahaaa!!!

Anonymous said...

Belog mu kelakar bangat dong. Gue siok baca. Another great post! :)

Acute Critique said...

kakakaka~ ROTFLOL.

I claimed edi. Woohoo~ Have to wait freaking long though. Was at the post office 1/2 hours before it open. Then hor, so many uncles and aunties who came late main tolak-tolak eh. Pity me, got crushed among those people.

Sigh.. Where's the basic courtesy of queuing up???

Anonymous said...

hehe.. ur post in bm.. all the comments oso in bm.. bm terlalu teruk la susah nak fikir.. so use english ah..

anyway, is post office a govt department? govt place is very depressing.. so ppl go there get depressed.. when they get depressed.. they do depressing stuffs.. in turn, we get depressed. this place is getting more and more depressing..

Anonymous said...

Lucky fella.
My gf went to renew her license today at 2pm. Her no. giliran was 200 numbers away, haha, no point waiting right :P

rainbow angeles said...

beta punye bolan anam.. so, kena klem 1 julai nanti.. beta pikiak nak pi pos opis genting.. sure tak begitu panjang q, kan??

beta tolong terjemahkan "yao mou kao chor ah"... mmmm... dalam BM, maksudnya agak sama dengan "biar betul!!".. or, "ya allah, betul ke nie??"... or, "apalah, ini macam punye??"... sumting liddat lah..

missironic said...

cadangan yang bernas..pukul 4 mmg masa yang sesuai untuk saya keluar rumah..mungkin saya akan berbuat demikian..terima kasih kerana memberi cadangan itu! ;P

Anonymous said...

I got pembetulan to make in saya punya last comment. Maklumat sikit tak betul. Jangan marah saya pls nanti saya nangis...

Pos Malaysia is not directly under Khairy but one of his own men. Cannot remember his name.

Seaqueen said...

Wah! Keng man your BM. Hahhaha!!! Not bad. Haven't gone to d post office since it's not my turn yet. Hopefully I won't see anyone catwalk to the counter then. Hhahahaahha!!!

Sharon said...

hahaha so cute! :D

Yvonne Foong said...

Aiyoh, lawaklah si Zewt ini. Patut jadi penulis surat akhbar lah. Saya terasa Surat Khabar Malay Mail memerlukan penulis yang berkarisma seperti anda lah. Oh, bukan saya yang cakap ya. Bukan...

zewt said...

June - haha... dah lama tak belog dalam BM... memang kena praktis lebih lagi.

pinknpurplelizard - yeah, i heard about that. it's all part of the entire scheme, well planned from the beginning, isnt it?

L'abeille - hahaha... nampaknya... awak ni antara yang blur...

gRaCe - weekend? all the best...

frostee - terima kasih :P

ClaudiaMom - gunalah kadang kala... bila kau luar negara... BM sangat berguna tau?

zewt said...

_butt - yang bayar bolan mac... itulah yang tidak boleh ketawa. as for the post office comment... truly enlightening...

suituapui - ya ya... sepatutnya tempat letak kereta. nak taip pun susah! hahaha... your BM sure pass la... awak kan cikgu.

zawi - salam... itu merupakan satu keluhan orang cina yang selalunya menunjukkan kekecewaan. susah nak terjemah :)

alan zed - hehe... tak salah... masih AZAIG.

jam - benar untuk satu hari lor...

sipuri - yao mo kau cho tu... macam... 'blardy hell'... menunjukan kekecewaan. :)

zewt said...

HopefulPessimist - hehe... ribuan terima kasih.

Kadus_mama - selamat datang ke AZAIG. memang.. ibarat sekali sekala calam bulan biru... memang seronok hehe... nak taip pun susah :)

shopaholicfern - kesiannya...

kyh - lujuj lapan?

anon @ 18/6 8.50pm - hehe.. terima kasih.

Acute Critique - in malaysia... mana ada orang nak beratur?

drumsticks - post office is not govt dept... it has been privatised... but... still act like govt dept sometimes...

zewt said...

Klaw - hahaha... look around, got 200 ppl or not?

rainbow angeles - genting? ada pos opis ke??? eh... petrol mahal lah...

missironic - sama sama :)

seaqueen - your road tax bila? just wait ler.

Sharon - cute? hmmm...

Yvonne Foong - kalau bukan yvonne, siapa yang cakap? :)

Anonymous said...

nasib baik dapat duduk ya... saya punya road tax bolan lapan baru renew, jadi kena tunggu la...

Anonymous said...

lawak sangat dan memang betul pun. mostly kalau pergi mana2 service counter, kiter pun akan encounter jenis2 org mcm ni. I paling tak boleh sabar dengan orang yang jalan terhegeh2 ke kaunter. rasa cam nak tolak jer dia ke depan kaunter. haha.

Ejoi said...

Diharapkan anda dapat menulis dalam bahasa Malaysia dengan lebih kerap di masa akan datang.

Dengan perubahan itu, diharap anda dapat memikat lebih ramai lagi pembaca (teutamanya yang Melayu) ke blog anda.

Sekian.

Dari Gopeng, dengan cinta...

Anonymous said...

Sudah lama beta tidak berkunjung ke sini. Mohon ampun.. Sibuk kerana berpindah ke tempat baru. :D

Beta baru sahaja menjual kereta buruk beta, nampaknya tidak berpeluanglah untuk menikmati bayaran tunai RM625 yang diberi dengan penuh 'murah hati' oleh kerajaan Pak Lah. Hajat di hati hendak membuat pelaburan kecil-kecilan membeli kereta buruk dan menikmati bayaran tunai RM625 setiap tahun tetapi tidak kesampaian. Pak Lah pun sentiasa bermain yoyo menyebabkan rancangan pelaburan beta berisiko tinggi :(

chip-pea said...

Zewt,

Terror lar your malay...;P

zewt said...

giddy tigress - senanglah... masa renew load tax akan dapat rebate.

girl - pergi sepak bontot mereka je... :P

effizzul - selamat datang ke AZAIG. sudah pasti... tulisan dalam BM akan jadi lebih kerap lagi :)

bongkersz - ampun tuanku... hehehe... saya pasti yoyo-man akan tukar keputusannya tidak lama lagi.

chip-pea - no ler... lau yah only.

Anonymous said...

Sudah lama tidak berkunjung ke sini, tiba-tiba ternampak blog dalam BM. Ingatkan dipetik dari mana-mana kisah lucu, rupanya pandangan en.zewt terhadap penuntutan rebat... huih, nasiblah aku di pejabat, kalau dirumah, bergolek-golek dah ketawa terbahak-bahak.. sakit perut aku membaca! hihihihi

zewt said...

melbie - hahahaha... sekali sekala... mestilah ada belog dalam bahasa kebangsaan... dan berlatih sikit berlawak dalam bahasa kebangsaan...