Zewt Links

Tuesday, 8 September 2009

Satu peristiwa berkenaan Bahasa

Lebih-kurang dua tahun lalu, saya menerima sekeping memo dari sebuah syarikat kourier. Ianya menyatakan bahawa penghantaran tidak sampai kepada saya kerana tiada orang berada di rumah semasa penghantran dibuat.

Setelah meneliti memo tersebut, saya rasa saya tidak beberapa kenal syarikat kourier tersebut. Bukan syarikat kourier yang biasa seperti UBS atau Fedex. Namanya agak pelik. Maka, saya pun membuat panggilan telefon ke pejabat syarikat tersebut…

“Selamat pagi, syarikat xxxxxxx. Boleh saya membantu?” Seorang gadis menjawab panggilan telefon saya.

Apabila orang lain memulakan perbualan, adalah amalan saya untuk meneruskan perbualan dalam bahasa yang sama. Oleh itu…

“Selamat pagi. Saya terima nota memberitahu saya bahawa bungkusan yang dihantar tak sampai sebab tiada orang kat rumah”
“Boleh bagi nombor rujukan?”
“Boleh. 1234567”
“Sila tunggu sebentar…”



“Encik, bungkusan boleh dihantar sekali lagi. Encik nak kami hantar kat alamat yang sama?”
“Tak, tolong hantar ke pejabat saya”
“???… errr… pejabat encik? Encik Zewt ni siapa?”
“Saya”
“Apa? Encik Zewt ni kamu? Kamu bukan orang Melayu?”
“Bukan, saya Encik Zewt, orang Cina. Kenapa?”
“Takde lah. Encik cakap macam orang Melayu je…”


Pernahkan anda menemui peristiwa sebegini? Apakah penguasaan bahasa kebangsaan oleh golongan bukan Melayu merupaka satu perkara yang mengejutkan?

Terdapat lagi satu peristiwa yang agak sama, juga berkenaan dengan penguasaan bahasa kebangsaan. Mungkin cerita untuk esok…


1 year ago…
No apology, no worryA glimpse at the budget

2 years ago… Of budget and 2 awards

43 comments:

  1. yeah seorang kawanku yang dari sekolah kebangsaan boleh cakap bahasa yang baik... lebih baik daripada kaum melayu... dia selalu skor markah yang paling tinggi... guru bahasa pun terkejut... macam lah bahasa cina... kaum lain boleh cakap bahasa cina yang lancar daripada warga China... dan juga bahasa Inggeris... jadi aku tak hairanlah Zewt boleh menguasai bahasa :)

    ReplyDelete
  2. Tak lah pelik sangat. Tapi saya pun menemui perkara sama masa saya dalam internship. Macam pertama kali terdengar orang bukan Melayu bertutur dalam bahasa Melayu. Itu pun lucu sekali, kerana saya bertutur dalam bahasa melayu dengan dia, tapi dia bertutur dalam bahasa inggeris dengan saya pulak.

    Dan ada kalanya orang kata saya ada loghat melayu. Entahlah. ha ha ha.

    ReplyDelete
  3. lol.. i always get this kinda response too when i speak malay.. people often thought that i'm malay.. :P

    ReplyDelete
  4. i think the problem with malay is that they teach in school the official way but the Malays themselves speak in a different way...and i feel damn weird speaking in bahasa baku & all that, so I just stop speaking...

    ReplyDelete
  5. 0_o? She actually called you "Encik Zewt"? or you just trying to hide your name? lol

    ReplyDelete
  6. Pernah... sebab penguasaan Bahasa Malaysia/Melayu saya juga tidak kurang hebatnya.

    Yang peliknya, ada juga orang yang pernah berbual-bual dengan saya dalam Bahasa Mandarin sebab saya kedenagran seperti 'ah moi'

    ReplyDelete
  7. Saya tak buka mulut pun orang ingat saya melayu. Tapi bila cakap bahasa melayu saja, semua orang pun tau saya cina.

    ReplyDelete
  8. All I know is that when I speak in Malay (although not very fluent), some people will warm up to me instantly.

    And btw, once I got a call from a Malay bank officer. She said "Awak bukan Melayu kan? Mengapa ringtone awak ada lagu Melayu?"

    How am I supposed to reply? I just told her I love some Malay songs and even sing them at karaokes! haha!

    ReplyDelete
  9. zewt, apa gunanya? kalau kamu tau berbahasa seperti melayu asli sekali pun, sejengok muka kau, terus kantoi! Kalau satu bahasa boleh menyatukan sesuatu negara, taklah kita melihat rusuhan perkauman di negara-negara mono-ligual seperti UK, Holland dan sebagainya.

    Memanglah kalau semua petah berbahasa Melayu di Malaysia, kemungkinan, hubungan antara kaum-kaum di Malaysia akan diperbaiki.

    Balik kepada topik asal, pernahkah orang Melayu berasa terkejut kalau ada orang Cina atau India yang fasih berbahasa Melayu? Aku rasa itu satu persoalan subjektif. Aku pun akan rasa terkejut kalau aku jumpa orang Melayu yang fasih berbahasa Mandarin (ramai juga tau!). Ini sebab kita jarang jarang sangat jumpa orang sedemikian. Maka, para pembaca yang kononnya petah berbahasa Melayu, pergi lah..sedarkan kawan-kawan kamu yang masih tak tau berbahasa Melayu.

    ps: bahasa aku cikai je. banyak sangat slang. Masalahnya ialah, bahasa melayu yang kita belajar di bangku sekolah tu, sebenarnya, skema sangat...

    ReplyDelete
  10. Saya bangga dengan rakyat Malaysia yang fasih berbahasa rasmi negara tanpa mengenal bangsa - ia membuatkan kita cuba merentasi jurang perbezaan dan lihat melepasi warna kulit dan perbezaan tradisi.

    Tak disangkal bahawa tak semestinya perpaduan terbentuk dalam sebuah negara monolingual, tetapi yang pentingnya rakyat saling cuba memahami satu sama lain dan mengasimilasikan diri melalui bahasa.

    Tak kisahlah samada bahasa itu Bahasa Melayu, Inggeris, Cina atau Tamil.

    P/s : OMG, first comment in pure Malay hahaahahah!Last time I wrote this "skema" was at schoold...like more than a decade ago!

    ReplyDelete
  11. lol liddat oso can -__- but i guess it's the same when certain chinese folk appear terkejut when they see a non-chinese speaking perfect mandarin (or other chinese dialects).

    ReplyDelete
  12. foongpc = main org malay pun sama mah ,,, 1 malaysia .. ask her, dia suka ke tak? haha

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya, nak berbahasa seperti orang melayu tak susah, hanya kita perlu sentiasa berlatih. Kalau orang melayu boleh bercakap dalam bahasa cina, kenapa kita orang cina tak boleh cakap bahasa melayu sedangkan Bahasa Melayu tu bahasa kebangsaan kita? Tak masuk akal la. Kalau ada keinginan, pasti ada jalan!

    ReplyDelete
  14. Hahahaha.. I got that before... my friend and i were grocery shopping and we both were speaking in malay (we r both chinese but somehow, we like to communicate in malay somehow or rather, besides eng).. we also have tis tendency to address each other as Cik S and Cik D. So, people heard us speaking and gave us tat funny look as if we are some indonesian chinese like that.. hahahaha..

    and there's even one malay fren who told me i speak like them (malays)... so i guess, the malay language isnt so hard to master after all! Hahahaha..

    ReplyDelete
  15. Oops.. forgot to mention.. was just wondering, is UBS or UPS? hahaha..

    ReplyDelete
  16. Haha, saya pergi Bazaar Ramadan beli ayam percik pun si penjual tanya saya sama ada saya ni Melayu ke tak! Macam la orang Cina tak makan ayam percik! :p

    ReplyDelete
  17. Encik Zewt

    Tahniah. Awak sememangnya contoh terbaik untuk "1Malaysia".

    p.s. my friends thought i have a non-malay boyfriend because i speak in english over many phone calls (when i have none). Pelik tapi benar - malaysians are prejudice

    ReplyDelete
  18. Bila anda telah melalui lebih kurang 11 tahun dlm sekolah kebangsaan, tidak hairan jika penguasaan bahasa kebangsaan adalah agak baik...Lagipun dalam SPM...kalau anda tidak dapat kredit untuk BM, anda terus akan dapat Gred 2 walaupun anda dapat A1 untuk subject lain.....

    Kenapa perkara ini menakjubkan?

    ReplyDelete
  19. fufu - betul pun. bagi saya, penguasaan bahasa lain adalah satu kelebihan bagi diri sendiri.

    CiNDi - kita patut bangga :)

    dy - hmmm... i dont think you look anything remotely malay though.

    anon @ 8/9 10.32pm - is bahasa baku still in force? i dont think so leh...

    anon @ 8/9 10.32pm - of course, she called me by my real name. you dont expect me to reveal my name here... do you? ;)

    Terra Shield - oh, kamu bukan orang cina ke? :P

    ReplyDelete
  20. Jerine - kenapa pulak? kamu tak nampak macam melayu pun.

    foongpc - hahahahahahaha.... does that mean that we have a lot of gwai los since most malaysians put english songs?

    tomatoinc - eh, bahasa saudara tak cikai lah... sungguh hebat sebenarnya...

    zuraida - tepat sekali, jika masyarkat malaysia semuanya fasih dalam bahasa kebangsaan dan menggunakannya dalam urusan perniagaan, saya pasti semangat bersatu-padu dapat dieratkan.

    Jun - well, i have seen one before and... i dont feel anything though.

    Shaun - hahaha... you evil one ;)

    ReplyDelete
  21. saya hanya akan berang jika jumpa rakyat malaysia yang tidak boleh berbahasa malaysia dengan baik.

    jika anda rakyat malaysia,anda mesti tahu berbahasa malaysia.

    :)

    ReplyDelete
  22. -eiling- - betul pun. apa jua yang kita ingin kuasai, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan berlatih, pasti akan dapat dilakukan.

    missironic - haha... were you speaking in bahasa pasar or pure malay? :P Cik S....

    Schweeney - dia orang risau, manu tahu nanti awak ni, perlu puasa... haha...

    Fi-sha - terima kasih Cik Fisha :)

    Economist - saya tak bersetuju. ada orang yang sengaja tak berbahasa melayu. bagi orang ni, bahasa melayu takde class. inggeris ada class. kononnya.

    j or ji - saudara pasti tak akan berang jumpa dengan saya... :P

    ReplyDelete
  23. ini bukannya sesuatu perkara yang pelik cuma ramai antara kita yang terlalu taksub dengan stereotaip yang selama ini ditanam secara bertubi-tubi ke dalam minda kita.

    ReplyDelete
  24. Penguasaan bahasa kebangsaan saya memang cannot make it. Haha.

    ReplyDelete
  25. Alamak... bahasa melayu saya sudah dikembalikan kepada sekolah bila pergi belajar kat Russia. Masa interview pun saya tak ingat macam mana nak jelaskan seseuatu dalam bahasa melayu walaupun pernah mendapat A dalam SPM. En.Zewt, aku salut kamu!

    ReplyDelete
  26. Hahaha many times I meet this incident coz I everyday chat with my malay colleague so I kinda got they malay slang too. Many people doubt I'm a chinese when I speak bahasa.. Lol..

    ReplyDelete
  27. Dunno why it's such a big deal...since BM's the medium of instruction, and these days, many non-Chinese go and study in Chinese schools, so they are conversant...even proficient in Mandarin, so? This is 1Malaysia...isn't it? Whatever it is, always good to learn other languages, the more the better.

    ReplyDelete
  28. fuyoh, ada orang punya bahasa banyak handal :D kalau suruh tulis saya agak agak boleh jugak, kalau suruh cakap, terus kantoi, itu otak processing banyak lambat, cam mana?

    ReplyDelete
  29. zewt - what happened to your hits?

    ReplyDelete
  30. My husband can speak fluent Malay too. And he uses it to his advantage especially when flirting with Malay girls.... benci-nya... :P

    ReplyDelete
  31. When my sis speaks Malay, ppl think she's not Malaysian. She doesn't speak using the local jargon and phrasing.

    ReplyDelete
  32. Hahaha.. the pure conversational malay. ;)

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. sooky : Speak malay or not is not the main point. Ada duit ke tak. haha

    ReplyDelete
  35. lol.. that's why they always ask "kamu ni melayu ke cina? fasih ah.. bila nak masuk islam?"

    hahaha..

    ReplyDelete
  36. lol..everyday i had tat comment..sigh..now ask me converse in proper english 100% oso susah..

    ReplyDelete
  37. CK - kalau awak baca peristiwa kedua, lagi teruk reaksi orang lain.

    day-dreamer - hahaha... sudah begitu ketara.

    littlepolaris - kamu ni main hafal and muntah kat SPM kot.

    Lil daydreamer... Dreaming for impossibility - it's something you should be proud of.

    suituapui - hmmm... can you give that comment in BM then? :P

    Sharon - barang keras (hardware) anda perlu upgrade haha.

    ReplyDelete
  38. blackjack - gone with the wind.

    sooky - hahahahahahahaha... budak melayu eh?

    pinknpurplelizard - like how? like a gwai lo?

    missironic - that's very good! :)

    Shaun - hahaha... so cina lah your thinking :P

    dy - wah... masuk islam... that's a totally different topic.

    neno - english pun susah... so how lah?

    ReplyDelete
  39. Peristiwa seperti yang diperhalkan dalam terbitan di atas berlaku semasa saya belajar di universiti dulu. Kawan Melayu ingatkan saya international student dari Indonesia (orang Sarawak cakap BM macam B. Indon meh?)

    ReplyDelete
  40. lol..tak tau lo..manglish boleh??

    ReplyDelete
  41. Clare - hahaha... kena dengar baru boleh beri pendapat.

    neno - manglish... tak boleh lah...

    ReplyDelete
  42. zewt...tak keterlaluan jika dikatakan bahasa melayu anda lebih bagus dari sesetengah orang melayu sendiri
    cayalah Zewt!!!!!!

    ReplyDelete
  43. deusXmachina - sungguh bangga zewt dapat kata puji sebegitu dari orang melayu :)

    ReplyDelete

"The author cannot be held responsible for any comments or trackbacks that may deem as sensitive or controversial."